Tuesday, September 20, 2011

Bola


Rahsia bola hitam & putih 


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu 
selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan 
tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun 
cuma tinggal bersama pengasuh je. 


Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki. 


Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia 
tak ada basikal...apa tuan tak segan?"



Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal 
yang macam mana dan si anak cuma bagitau,


"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..." 


Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"


"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu je."


Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih. 


Masa berlalu


kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. 


Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya 
membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya 
disimpan di dlm stor..


Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi 
kepada si bapa. 


Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu 
tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat papa?. No problem setakat beli kasut roda je..." 


Si anak menjawab, "Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. 
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. 
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan 
papa?" 


Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya 
kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. 


Selang beberapa 
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. 


Sekarang kawan2nya main permainan roller blade. musim rollerblade melanda 
kwasan tempat tinggal nya. Trend baru.... 


Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas 
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, 
si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat 
banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. 


Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade 
baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". 


Pada malamnya, 
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota 
tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." 


"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. 
Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? 


Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota 
sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. 


Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. 
"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih" 


Masa berlalu.... 


Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik 
dengan bas, 
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... 
Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. 
Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. 


Itulah satu-satunya anaknya. 
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan 
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran 
ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma 
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa 
tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh 
berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . 


Tetapi si bapa masih kesal........ 
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan 
anak lelakinya bola hitam & 
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya 
begitu memerlukan sebiji bola 
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula 
tak pernah bagitahu kenapa 
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & 
bola putih... 


Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. 
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak 
dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. 


Akan tetapi, sehingga 
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor 
je. 


Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik 
motoooooor jeeeee.. 
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak 
belikan 
bola hitam bola putih. Tak 
faham perasaan anak 
sendiri! 


Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn 
bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk 
bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? 


Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai 
awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang ditanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! 



Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya 
sudah begitu banyak bola hitam & 
bola putih. Nak buat apa lagii..., 
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek 
anaknya itu, 
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya 


Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau 
menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu 
si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka 
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis 
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai 
seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak 
tenat. 


Si bapa tiba di Hospital.."macamana doktor, anak 
saya?" 


Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami 
telah 
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya 
Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.." 


Perlahan si 
bapa masuk, mendekati anaknya. 


"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga 
menangis 
kerana aweknya tak dapat 
diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan 
dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . 
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya 
dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini 
selalu minta bola hitam bola putih" 



"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. 
sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan 
untuk menjadi ayah yang baik." 


Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma 
saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" 


Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU 
SELALU MINTA BOLA HITAM & 
BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU 
BERERTI BUATMU?" 





(anda semua pun ingin tahu kan 
...?) 








Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat 
bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... 




"sebabnya .........saya.. saya.... 
saya...." 




*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak 
sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. 


Tengok, si bapa yang selalu hidup 
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku 
yang cuma bercerita, lagi la tak 
tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak 
nih. 
Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa 
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula 
forward kat 
aku. 


P/S : 
Amacam rasa..... Takkan aku nak jadi korban sorang2 je kan .. kehkehkeh .